Sebelum aku bg korang info psl jerawat tu.. aku br je hbs paper marcom kul 5.15pm td.. agak okla.. nsb bek aku igt apa yg aku bc semlm.. hehehe... explaination aku agak berteraburla jugak sbb semlm aku bc terabur.. hahaha.... tggl lg 2 paper... YA ALLAH.. nk hbskan 2 paper tu punyala seksa... huhuhu.. anyway, chayok2x!! ok skang back to the new entri yg aku nk wat td.. hehehe... selingan dulu...
mesti korang kekadang pelik jerawat tumbuh meratakan.. aku dpt ada fakta menarik utk dikongsikan bersama..
i) DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.
ii) HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.
iii) DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
iv) PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
v) PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
vi) PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
p/s= aku dapat fakta nie dr email yg org bg kat aku.. so, kesahihannya tak berapa nk pastila.. hehehe... just nk kongsi...
Comments