Org kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata.. mmg betul pun...)
bila dahaga, yang susukan aku... Mak
bila lapar, yang suapkan aku... Mak
bila keseorangan, yang sentiasa disampingku... Mak
kata Mak, perkataan yang pertama aku sebut... Mak
bila bangun tido, aku cari... Mak
bila nangis, orang pertama yang datang... Mak
bila nk bermanja, aku dekati... Mak
bila nk bergesel, aku duduk sebelah... Mak
bila sedih, yang boleh memujukku hanya... Mak
bila nakal, yang memarahiku... Mak
bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak
bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... Mak
bila takut, yang tenangkan aku... Mak
bila nk peluk, yang aku suka peluk... Mak
Aku selalu terigtkan... Mak
bila sedih, aku mesti telefon... Mak
bila seronok, orang pertama aku nk beritahu... Mak
bile bengang, aku suka luah pada... Mak
bila takut, aku selalu panggil... "mmaaaakkk!!!"
bila aku sakit, orang yang paling risau adalah... Mak
bila nk exam, orang yang paling sibuk juga... Mak
bila buat hal, yang marah aku dulu... Mak
bila ada masalah, yang paling risau... Mak
yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak
yang selalu masak makanan kegemaran aku... Mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk... Mak
yang selalu simpan dan kemas barang-barang aku... Mak
yang selalu berleter kat aku... Mak
yang selalu puji aku... Mak
yang selalu nasihat aku... Mak
bila nk kawen, orang pertama yang aku tunjuk n rujuk... Mak
AKU ADA PASANGAN HIDUP AKU SENDIRI...
bila seronok, aku cari... Pasanganku
bila sedih, aku cari... Mak
bila berjaya, aku ceritakan pada...Pasanganku
bila gagal, aku ceritakan pada... Mak
bila bahagia, aku peluk erat... Pasanganku
bila berduka, aku peluk erat... Mak
bila nk bercuti, aku bawa... Pasanganku
bila sibuk, aku hantar anak kerumah... Mak
bila sambut Valentine, aku beri hadiah pada... Pasanganku
bila hari ibu, aku cuma ucapkan "Selamat Hari Ibu" pada... Mak
selalu, aku ingat... Pasanganku
yang selalu ingat padaku... Mak
bila-bila, aku akan telefon... Pasanganku
entah bila aku nk telefon... Mak
selalu, aku belikan hadiah untuk... Pasanganku
entah bila aku nk belikan hadiah untuk... Mak
Renungkan:
"Kalau kau habis belajar dan bekerja nnt, boleh kau kirimkan duit untuk mak? Mak bukan nk banyak, lima puluh ringgit sebulan pun jadila"
berderai airmata jika kita mendengarnya....
TAPI KALAU MAK SUDAH TIADA...
MAK.... RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya....
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya...
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya...
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu... Si ibu segera mengesat tangan di apron dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai: RM 4.00
2) Tolong jaga adik: RM 4.00
3) Tolong buang sampah: RM 1.00
4) Tolong kemas bilik: RM 2.00
5) Tolong siram bunga: RM 3.00
6) Tolong sapu sampah: RM 3.00
Jumlah: RM 17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
3) Kos airmata yang menitis keranamu - Percuma
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
5) Kos menyediakan makan, minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma
Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku - Percuma
Airmata si anak berlinangan setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, " Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.
{I Love U Ibu... always... forever n ever.....}

Comments